To our valued customers,

SASURIA COLLECTION has moved to www.sasuriacollection.com

This website will be officially
launched on 16 Nov 2009 (Monday) for this coming Hari Raya Aidiladha. There will more great Raya promotions to all our customers. Be always alert, sit back and relax while waiting our best promotion just for you!

~Sasuria~

Monday, September 7, 2009

MAKLUMAN CARA PEMBELIAN TUDUNG PEARL HAYA DI SASURIA COLLECTIONS

Assalamualaikum para pelanggan yang dihargai,

Makluman ini adalah untuk pemberitahuan cara pembelian untuk mempermudahkan anda mendapatkan tudung Pearl Haya dari kami. Oleh itu, pembelian boleh dibuat melalui:

1) PEMBELIAN ONLINE
Anda digalakkan membuat pembelian online sekiranya anda telah tahu dan yakin dengan saiz yang sesuai untuk anda. Kami akan pos/kurier terus ke kediaman anda dan ia mengambil masa dalam 1-2 hari bekerja. Caj yang kami kenakan hanya RM4 untuk Lembah Klang dan RM6 untuk di luar Lembah Klang. Tiada pembelian minimum dikenakan. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan tudung yang diterima, anda boleh membuat penukaran dengan terma penukaran dinyatakan di paling bawah makluman ini.

2) PEMBELIAN DI KEDIAMAN KAMI
Kami berada di Taman Tun Dr. Ismail berhampiran dengan landmark One Utama, Selangor. Anda akan diberi layanan yang sebaiknya, suasana yang selesa serta pilihan yang pelbagai lagi sekiranya membuat pembelian di kediaman kami. Pn. Suraya sedia menerima kehadiran anda namun hanya pada hujung minggu atau pada petang/malam hari biasa/bekerja. Temujanji perlu dibuat terlebih dahulu dan anda boleh hubungi Pn. Suraya 019-347 9692 atau anaknya Wan Ikram 013-211 0783.

3) PEMBELIAN DI BOOTH
Buat pengetahuan anda, pembukaan booth hanya sementara dan untuk tujuan promosi sahaja. Sekiranya kami membuka booth di mana-mana tempat, kami pasti akan mengumumkan di blog ini. Walau bagaimanapun, kami kini dalam cadangan untuk membuka butik kami sendiri dan ia adalah kekal untuk keselesaan anda semua. Doakan kami berjaya, InsyaAllah.

Tambahan:
Sekiranya terdapat sebarang penukaran tudung,
ianya hanya boleh dibuat sekiranya:

a) Terdapat kerosakan pada tudung
b) Tidak sesuai dengan anda tetapi dengan
syarat tag harga masih bersama dengan
tudung tersebut lagi

Penukaran tersebut memerlukan anda datang sendiri ke kediaman kami untuk membuat pilihan yang terbaik untuk anda dan hanya boleh dibuat penukaran setelah anda membawa resit yang sah serta penukaran hanya sekali sahaja dalam satu resit. Wang tidak akan dikembalikan sebaliknya dapat ditukarkan dengan tudung yang sama harga dengannya.


Sekian dari kami untuk yang terbaik kepada anda semua,

SASURIA

No comments: